risda

Iklan jawatan kosong RISDA ambilan Ogos 2024: Kelayakan PMR – Ijazah, Gaji RM1,500 – RM8,334

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Risda Estates Sdn Bhd kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Risda Estates Sdn Bhd

  1. PENGERUS KERUJUTERAAN (PG4)
    • Tangga Gaji: RM2,931 – RM8,334
  2. PEMANDU
    • Tangga Gaji: RM1,500 – RM2,955

Syarat-syarat Kelayakan

  1. PENGERUS KERUJUTERAAN (PG4)
    • Memiliki Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
    • Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan adalah diutamakan;
    • Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kritikal dan penyakit yang berpanjangan.
  2. PEMANDU
    • Memiliki Penilaian Menengah Rendah / Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya;
    • Mempunyai Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
    • Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kritikal dan penyakit yang berpanjangan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukan surat permohonan, resume (bersama gambar berukuran pasport), salinan sijil-sijil kelulusan dan pengalaman kerja serta dokumen-dokumen sokongan lain.

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan hantar ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RISDA ESTATES SDN. BHD.
No. 31 Jalan Sulaiman 3 Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 06 OGOS 2024, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

RISDA Estates adalah sebuah syarikat milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). RISDA Estates ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang-ladang RISDA yang telah dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).

Kini, RISDA Estates dipertanggungjawabkan untuk menguruskan 19 buah Ladang RISDA di seluruh negara dengan keluasan 47,590.05 hektar yang meliputi 35,160.69 hektar kawasan sawit matang, 75.40 hektar kawasan sawit muda manakala 3,872.54 kawasan dalam proses tanam semula. Kawasan getah pula meliputi 277.01 hektar kawasan getah matang dan 309.43 hektar kawasan getah muda.Selain daripada itu, RISDA Estates juga terlibat dengan pembangunan Ladang Ortet dengan keluasan 262.89 hektar.

Dalam pengurusan kilang pula, ia bertanggungjawab dalam menguruskan 3 buah kilang sawit RISDA iaitu Kilang Sawit RISDA Durian Mas, Kilang Sawit RISDA Ulu Keratong dan Kilang Sawit RISDA Sg. Ambat.

RISDA Estates juga menawarkan perkhidmatan pemetaan GPS-GIS dengan mengukur serta menyediakan peta digital ladang dengan menggunakan GPS serta membina pangkalan data GIS bagi tujuan memeta infrastruktur kawasan. Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh syarikat ialah memberikan perkhidmatan analisan daun dan baja, perkhidmatan analisa tanah dan kajian siri tanah dan kajian siri tanah, perkhidmatan pemeriksaan ladang, penilaian dan kajian fisibiliti untuk pembukaan ladang sawit dan getah.

Turut menjadi nadi kepada RISDA Estates adalah Akademi RISDA Estates di Ladang RISDA Ulu Slim dan Keratong. Manakala RISDA Eco Park adalah produk dan perkhidmatan terkini yang semakin popular juga di Ladang RISDA Ulu Slim.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…