Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pendapatan isi rumah tertentu. B40 mewakili 40% pendapatan isi rumah terendah di negara ini, manakala M40 merujuk kepada kumpulan pendapatan pertengahan. Kedua-dua kumpulan ini menghadapi cabaran tersendiri dalam memenuhi keperluan harian, mencapai kestabilan kewangan, dan merancang masa depan mereka.
Golongan B40, yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja bergaji rendah dan keluarga yang tinggal di luar bandar, sering berdepan dengan kekangan kewangan yang ketara. Kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya di kawasan bandar, memberi tekanan tambahan kepada golongan ini. Selain itu, ramai dalam kumpulan B40 bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menampung keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan perumahan.
Di pihak lain, golongan M40 pula mempunyai cabaran unik yang berbeza. Walaupun mereka berada pada tahap pendapatan yang lebih tinggi berbanding B40, mereka masih terdedah kepada tekanan kewangan, terutamanya jika kos kehidupan melebihi kenaikan pendapatan mereka.
Dengan komitmen seperti ansuran perumahan, pinjaman pendidikan, dan perbelanjaan keluarga, golongan ini sering merasakan ‘dihimpit’ di antara kumpulan berpendapatan rendah dan tinggi.
Menyedari keperluan dan cabaran kedua-dua kumpulan ini, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terjamin. Bantuan seperti program subsidi, insentif cukai, dan skim bantuan khas adalah antara usaha yang dijalankan untuk meringankan beban mereka.
Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai dari Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan pihak Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025.
Bagi tahun 2025, syarat-syarat kelayakan STR ditetapkan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Jumlah Bayaran STR 2025
Jumlah pembayaran STR adalah berbeza mengikut pendapatan bulanan dan tanggungan setiap kategori. Ini adalah maklumat jumlah pembayaran STR 2025:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
Pembayaran STR akan dibuat dengan dua kaedah utama iaitu secara kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Kredit ke akaun: Pembayaran STR dibuat terus ke akaun bank penerima seperti maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini.
- Pengambilan tunai: Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun tidak aktif.
Semakan Status STR 2025
Bagi yang telah membuat permohonan atau kemaskini, semakan kelulusan STR boleh dibuat secara atas talian di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran.
Bagi maklumat lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.