Ini cara memohon bantuan KWAPM RM100 hingga RM150 yang rakyat Malaysia perlu tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Melalui bantuan ini, pihak kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu hingga darjah enam di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu di sekolah menengah (SM) yang layak. Bantuan itu juga meliputi – bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan.

Jenis-jenis bantuan KWAPM

  • Bantuan Am Persekolahan (BAP): Diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan-keperluan lain persekolahan murid);
  • Bantuan Bulanan (BB): Diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sum);
  • Bantuan Kecemasan (BK): Dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa.

 

Kadar bantuan bagi BAP adalah RM100 setahun untuk pelajar Sekolah Rendah dan RM150 setahun untuk pelajar Sekolah Menengah.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai;
  • Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
  • Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja;
  • Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA);
  • Pendapatan Isi Rumah untuk murid Data Sedia Ada (DSA) adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa;
  • Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM;
  • Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150 sebulan;
  • Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP) atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM;
  • Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).

Cara Pembayaran

Dimaklumkan bahawa semua peruntukan itu akan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Pelajar yang berasal dari Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan yang telah disahkan sebagai miskin atau miskin tegar akan menerima bantuan ini secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan KWAPM boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…