Ini cara pelaksanaan & menebus bantuan e-dompet RM150 di bawah Bajet 2022

Dalam usaha memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, kerajaan akan memperkenalkan sebuah program e-dompet yang dikenali sebagai e-Start.

Melalui e-Start, pihak kerajaan akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam ucapannya di Dewan Rakyat berkata – pemberian bantuan e-dompet itu akan memanfaat lebih 2 juta belia, dan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Bantuan itu nanti boleh digunakan untuk pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan e-Start: –

Cara Pelaksanaan

Seperti mana bantuan-bantuan e-dompet sebelum ini, bantuan e-Start juga dijangka akan melalui kaedah pelaksanaan yang serupa.

Antaranya seperti bantuan ebelia yang dilaksanakan di bawah Belanjawan 2021 dan mula diagihkan kepada yang layak bermula pada 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 lalu.

Oleh itu, e-Start nanti dijangka boleh ditebus seperti mana ebelia melalui aplikasi e-tunai seperti:

  • BigPay;
  • Boost;
  • ShopeePay;
  • Touch ‘n Go eWallet.

 

Para penerima yang layak juga hanya boleh menuntut kredit bantuan itu daripada satu penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja.

Dalam masa sama, kerajaan turut memperkenalkan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Pertamanya, adalah diskaun sebanyak 15 peratus diberikan atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Manakala, diskaun 12 peratus pula diberikan bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Untuk yang membuat pembayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus pula akan menerima diskaun sebanyak 10 peratus.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan Bajet 2022 – DI SINI (PDF).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…