Ini cara semak kelayakan & mendapatkan bantuan kewangan kerajaan RM8,000 secara ‘one-off’

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan – khusus kepada golongan yang memerlukan.

Antaranya termasuklah sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Nasional MySalam. Inisiatif ini pada asasnya melibatkan dua bentuk bantuan kewangan iaitu:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal;
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan dan tujuan bantuan yang ditetapkan, tuntutan MySalam boleh dilaksanakan dengan dua cara utama iaitu:

Tuntutan Penyakit Kritikal

  1. Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  2. Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
  4. Log masuk ke portal rasmi MySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  6. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Tuntutan Hospitalisasi

  1. Layari portal rasmi MySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’;
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Rakyat Malaysia juga boleh membuat semakan kelayakan di portal rasmi MySalam. Oleh itu, untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

str Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 - RM5,678

Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 - RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi…