Ini senarai mereka yang layak menerima Bantuan Kewangan RM1,000 yang dibayar pada 27 April

Dengan suasana yang hampir menjelang Hari Raya Aidilfitri, pelbagai persiapan telah dibuat oleh masyarakat bagi menyambut hari mulia berkenaan.

Prihatin dengan usaha itu, pihak kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah melalui sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022.

Nilai BKK & mereka yang layak

Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2022 sempena Aidilfitri yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini melibatkan pemberiaan bantuan kewangan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri tersebut.

Selain itu, kerajaan negeri turut bersetuju untuk jumlah pembayaran BKK yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak RM1,000 dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Manakala, sebuah lagi bantuan yang dikenali sebagai Insentif Rahmah Ramadan Selangor turut diberikan kepada penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) dengan nilai RM500. Nilai sama juga diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs).

Tarikh Pembayaran

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan – pembayaran BKK akan dilaksanakan pada 27 April 2022 (Rabu) kepada setiap yang layak.

Secara keseluruhannya, BKK melibatkan peruntukan sebanyak RM39.15 juta dan diharapkan dapat memanfaatkan para penerimanya dalam membuat persiapan menyambut Hari Lebaran Aidilfitri.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…