Ini tarikh-tarikh penting Bantuan Kerajaan untuk tahun 2022 yang kita perlu tahu

Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Dengan masuknya tahun 2022, maka telah bermulalah fasa pelaksanaan bantuan-bantuan tersebut berdasarkan perancangan yang ditetapkan.

Oleh itu, berikut adalah tarikh-tarikh penting pelaksanaan bantuan-bantuan kerajaan untuk tahun 2022: –

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bagi membantu ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, pihak kerajaan memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 kepada setiap pelajar yang layak. Bayaran ini juga akan diberikan secara sekali bayar atau ‘one-off’.

Pembayaran BAP kepada murid yang memasuki Tahun Dua sehingga Tingkatan Lima telah pun dilaksanakan pada 17 Januari 2022 lalu. Manakala, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pembayaran BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM diperkenalkan sebagai bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kepada golongan B40 dan M40. Jumlah bayarannya pula adalah dari RM350 sehingga RM2,000.

BKM turut akan dibayar sebanyak 4 kali setahun yang tarikhnya akan dimaklumkan dari semasa-semasa. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian – pembayaran BKM dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac (Fasa 1), Jun (Fasa 2), September (Fasa 3) dan Disember (Fasa 4).

Bantuan Tablet Percuma

Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada kalangan kumpulan B40. Setiap pelajar IPT B40 yang layak akan menerima tablet percuma dengan peruntukan sebanyak RM450 juta.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tempoh pendaftaran bagi pakej bantuan itu akan bermula pada suku kedua tahun 2022 (April – Jun 2022) dan ia akan dilaksanakan bersama penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini.

Diskaun pembayaran PTPTN

Untuk menggalakkan pembayaran dan membantu para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman bermula dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Diskaun 15% : Pembayaran penuh baki hutang pinjaman;
  • Diskaun 12% : Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
  • Diskaun 10% : Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

 

Untuk pelbagai lagi senarai bantuan di bawah Bajet 2022, ia boleh semak – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…