inisiatif

Inisiatif i-Lindung untuk semua pencarum KWSP: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif kepada para ahlinya.

Ia termasuklah melalui platform i-Lindung yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan sejak tahun lalu. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini.

Inisiatif i-Lindung

i-Lindung KWSP pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di i-Akaun (Ahli) bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, para ahli KWSP boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan dengan menggunakan simpanan mereka.

Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan adalah perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli) KWSP;
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Cara Memohon

Bagi ahli yang telah mendaftar i-Akaun (Ahli) KWSP, permohonan i-Lindung boleh dibuat seperti berikut:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Perlindungan yang dibeli akan bermula pada hari polisi/sijil yang telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan secara serta-merta, tetapi mungkin mengambil masa beberapa hari.

Maklumat lengkap berkenaan i-Lindung boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…