Inisiatif Peduli Rakyat: Cara memohon Bantuan Bina & Baiki Rumah untuk golongan B40

Seperti mana yang diumumkan di bawah Inisiatif Peduli Rakyat, kerajaan negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Bina dan Baiki Rumah.

Terdapat dua kaedah utama pelaksanaan bantuan ini, iaitu:

  1. Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan di atas tapak asal rumah.
  2. Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih*. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini.

*Akan ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun.
  • Pendapatan isi rumah pemohon mestilah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan.
  • Umur pemohon adalah di antara 45 hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja.
  • Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya.
  • Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah.
  • Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan.
  • Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan.
  • Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki.
  • Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir.
  • Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan.
  • Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah).
  • Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin.
  • Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan.
  • Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.

 

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan ingin memohon, permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) – DI SINI.

Bagi yang belum mendaftar di sistem berkenaan, pemohon dikehendaki membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang permohonan.

Dalam masa sama, keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan bantuan ini juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…