Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diperkenalkan dengan kaedah dan objektif tertentu sesuai dengan kumpulan sasar serta kelayakan masing-masing.
Ia termasuklah dengan memperkenalkan program bagi menyokong simpanan rakyat khususnya golongan B40 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini kerana, KWSP telah pun datang dengan sebuah program yang dikenali seabagai i-Suri. Berikut adalah penjelasan lanjutnya: –
i-Suri KWSP 2024
Bagi pengetahuan semua, i-Suri KWSP adalah program yang membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di badan kewangan itu dan menerima insentif khas dari KWSP. Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Ia juga membolehkan golongan suri rumah yang layak mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan. Ia turut bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.
Antara manfaat-manfaat utama program ini adalah:
- Insentif Khas
- Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa
- Dividen Tahunan
- Menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan
- Bantuan Kematian
- Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
-
Pelepasan Cukai
-
Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN
-
Bagi insentif khas berkenaan, had insentif seumur hidup ditetapkan sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
Syarat-syarat Kelayakan i-Suri
- Warganegara Malaysia;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Ahli KWSP;
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini.
Cara Mendaftar
Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat, pendaftaran program ini boleh dikemukakan melalui melalui aplikasi KWSP i-Akaun di bawah menu Pendaftaran i-Saraan. Ia juga boleh dibuat di laman web rasmi KWSP melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian di bawah menu Pendaftaran i-Saraan.
Selain itu, pendaftaran turut boleh dikemukakan di Self Service Terminal (SST) KWSP atau mengisi borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan/i-Suri – KWSP 16G (M) di mana-mana cawangan pejabat KWSP berhampiran.
Selepas pendaftaran berjaya, ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri melalui saluran-saluran berikut:
- Aplikasi Mudah Alih i-Akaun (Ahli);
- Perbankan Internet;
- Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank;
- Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN;
- Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP;
- Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT), Mini Outreach Team (MoT) & Pejabat KWSP.
Dimaklumkan bahawa tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri. Akan tetapi, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bayaran insentif khas ini akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran insentif khas daripada kerajaan).
Sebagai maklumat tambahan, eKasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
KWSP akan menerima data eKasih yang terkini dari semasa ke semasa yang dibekalkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Untuk makklumat lebih lengkap berkenaan i-Lindung ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.