Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Permulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan telah memperkenalkan Program KerjayaGig sebagai perluasan skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 3.0 kepada individu yang menganggur lebih daripada 180 hari.
Tujuan utama program ini adalah untuk memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilised) yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
Insentif juga akan diberikan kepada mereka yang terlibat, dengan nilai seperti berikut:
- Insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan.
- Insentif berjumlah RM200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
- Individu yang mengalami kehilangan pekerjaan yang telah berdaftar dengan PERKESO.
- Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan eKasih, gelandangan dan sebagainya.
- Penganggur tegar termasuk graduan menganggur lebih daripada 180 hari.
- Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun.
Cara Memohon
Bagi yang ingin memohon, mereka hendaklah mendaftar profil di portal MyFutureJobs dan perlu mencari perkerjaan melalui penyedia perkhidmatan (operator) yang menyediakan pekerjaan sendiri (freelance) dan berdaftar dengan PERKESO sahajra.
Individu yang berjaya menerima pekerjaan berkenaan kemudiannya perlu memaklumkan perkara itu kepada penyedia penyedia perkhidmatan (Operator) untuk mendaftarkan dirinya di dalam Portal PenjanaKerjaya di bawah program KerjayaGig:
- Setelah permohonan operator diluluskan, individu akan menerima email notifikasi yang mengandungi usename dan kata laluan untuk log masuk portal PenjanaKerjaya.
- Individu perlu mengemaskini profil di portal PenjanaKerjaya bagi mendapatkan bayaran bulan pertama di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
- Bagi bulan kedua dan seterusnya, Orang Bekerja Sendiri (OBS) hanya perlu melengkapkan aktiviti log yang telah disediakan oleh pihak penyelia majikan.
Maklumat terperinci berkenaan program ini boleh dirujuk di FAQ KerjayaGig – DI SINI. Program ini juga dibuka mulai 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.