insentif

Insentif TAPEM RM1,000 seorang secara ‘one-off’ tahun 2023: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah insentif sebanyak RM1,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insentif ini:-

Insentif TAPEM RM1,000

Insentif yang dimaksudkan adalah Insentif Kerajaan Negeri Melaka di bawah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dengan kadar sebanyak RM1,000.

Insentif ini diberikan kepada anak negeri Melaka yang mendapat Ijazah Kelas Pertama bagi graduan lepasan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara bagi tahun 2023.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Telah tamat pengajian ijazah di IPTA dalam negara (Bergraduasi pada tahun 2023);
  • Pemohon/ibubapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) layak dipertimbangkan sekiranya bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta lampirkan 1 salinan sijil berhenti sekolah rendah dan sekotah menengah disahkan oleh pegawai kerajaan (Gred 41 ke atas)/ ADUN Kawasan/ Pengerusi JAPERUN/ Penghulu/Pengerusi JPKK/Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak tayak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan insentif boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat TAPEM untuk mendapatkan Borang Permohonan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama transkrip dan sijil ijazah kelas pertama.

Permohonan insentif ini dibuka selama setahun mulai Januari hingga Disember 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat DI SINI atau rujuk di Portal Rasmi TAPEM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…