Institut Bioteknologi Kebangsaan buka pengambilan baru: Antara tawaran gaji sehingga RM5,100

Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) adalah sebuah konsortium tiga institusi bioteknologi nasional iaitu Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Malaysia (IPHARM), Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) dan Institut Genom Malaysia (MGI). Ia ditubuhkan pada 27 Januari 2012 sebagai Syarikat Berhad dengan Jaminan (CLG) di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), serta mempunyai autonomi bagi mentadbir IPHARM, ABI dan MGI.

Selaras dengan tugas dan bidangnya itu, kini NIBM telah membuka dua jawatan kosong untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat. Ia adalah Pengurus Akaun dan Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman).

Syarat kelayakan bagi Pengurus Akaun adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan.
  • Berpengalaman dalam pengurusan audit dan cukai merupakan satu kelebihan.
  • Memiliki sekurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman dalam bidang akaun.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Certified Public Accountant atau Certified Management Accountant.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam Accounting Software – MYOB, Microsoft Office – Excel, Word, Power Point.

 

Syarat kelayakan bagi Penjaga Jentera Elektrik pula adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik BO 33kV.
  • Memiliki pengalaman dalam bidang HVAC dan Fire Alarm System adalah merupakan satu kelebihan.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di PAUTAN INI dan permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon. Dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dan mengisi maklumat yang diperlukan sebelum permohonan boleh dibuat.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…