Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) buka pengambilan kakitangan: Berminat, mohon sekarang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.

Antara misi utamanya adalah untuk menjalankan penyelidikan yang bermanfaat besar dalam disiplin ilmu terpilih dengan menggunakan pelbagai kepakaran, sumber serta jaringan kerjasama bagi menghasilkan produk ilmiah melalui gerak kerja sistematik.

Selaras dengan usaha dan peranannya itu, kini IKIM telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pengurus Pembangunan Ekonomi & Kawalan Kredit – Gred EP41
  2. Penolong Eksekutif – Gred EP19
  3. Pembantu Tadbir (Perkeranian) – Gred N19

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Calon juga perlu mendapat kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan kekosongan jawatan boleh didapati di PAUTAN INI. Manakala untuk permohonan pula, ia boleh dibuat dengan mengemukakan:

  • Surat permohonan
  • Keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman
  • Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil kelahiran
  • Salinan slip gaji terakhir
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)

 

Salinan dokumen-dokumen itu hendaklah disahkan terlebih dahulu. Pemohon juga dikehendaki menyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat dan dihantar ke:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)

Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. Hanya calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 02 JUN 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…