Institut Maritim

Institut Maritim Malaysia buka pelbagai jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Institut Maritim Malaysia (MIMA) sebuah institut di bawah Kerajaan Persekutuan. Pada ketikan ini, MIMA sedang mencari calon yang berkuali untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Institut Maritim Malaysia (MIMA)

  1. PEGAWAI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KANAN (SAFO)
  2. PEGAWAI TADBIR (SUMBER MANUSIA)
  3. PENYELIDIK (PUSAT SELAT MELAKA – SOM)
  4. PENYELIDIK (PUSAT UNDANG-UNDANG DAN DASAR LAUTAN – OLAP)

Syarat-Syarat Kelayakan

  • PEGAWAI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KANAN (SAFO)
    • Warganegara Malaysia;
    • Minimum Ijazah Sarjana Muda Kewangan/ Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan Profesional seperti ACCA, CPA, ICAEW ACA;
    • Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan dan pengalaman minima 5 tahun dalam bidang berkaitan;
    • Mempunyai kebolehan interpersonal, kepemimpinan dan komunikasi yang tinggi.
  • PEGAWAI TADBIR (SUMBER MANUSIA)
    • Warganegara Malaysai;
    • Minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf;
    • Pengalaman kerja dalam bidang pengurusan sumber manusia;
    • Mahir dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, termasuk kemahiran dalam komunikasi lisan dan bertulis;
    • Mahir dalam menggunakan perisian dan teknologi maklumat dalam kerja pengurusan sumber manusia;
    • Memahami undang-undang buruh dan perundangan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia di Malaysia;
    • Kemahiran dalam menguruskan hubungan pekerja dan majikan, termasuk kemahiran dalam menjalankan rundingan dan penyelesaian masalah;
    • Kemahiran dalam menguruskan latihan dan pembangunan pekerja, termasuk penilaian prestasi dan perancangan kerjaya; dan
    • Memiliki sifat kepimpinan serta berkeupayaan untuk bekerja dalam pasukan.

 

  • PENYELIDIK (PUSAT SELAT MELAKA – SOM)
    • Memiliki sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dalam Logistik Maritim / Pengangkutan & Operasi Maritim / Pengurusan Maritim / Alam Sekitar / Sains Marin, Ekonomi Maritim, atau mata pelajaran lain yang berkaitan;
    • Calon dengan ijazah Sarjana akan mempunyai kelebihan;
    • Lebih disukai dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja. Pengalaman bekerja dalam penyelidikan dalam bidang maritim akan menjadi satu kelebihan;
    • Mahir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris bertulis dan bertutur;
    • Celik dalam persekitaran Microsoft Windows;
    • Minat yang kuat dalam kerja berasaskan penyelidikan;
    • Berdaya dan rajin;
    • Mampu bekerja dengan baik dalam persekitaran yang berorientasikan hasil, sama ada secara individu atau dalam suasana pasukan, bekerja dalam tarikh akhir yang ketat dan pelbagai tugas.
  • PENYELIDIK (PUSAT UNDANG-UNDANG DAN DASAR LAUTAN – OLAP)
    • Sebaik-baiknya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau setara daripada universiti yang diiktiraf;
    • Ijazah Sarjana dalam Undang-undang sangat disyorkan untuk memohon;
    • Pengetahuan atau pengkhususan dalam Undang-undang Maritim, Undang-undang Laut (UNCLOS), Undang-undang Admiralty atau bidang yang berkaitan dalam kelebihan tambahan;
    • Kemahiran analitikal, interpersonal, organisasi dan komunikasi yang kuat;
    • Kemahiran menulis yang cemerlang dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia;
    • Diutamakan satu tahun pengalaman bekerja, khususnya berkaitan penyelidikan dasar, perkapalan, industri pelabuhan, logistik dan pengangkutan maritim;
    • Biasa dengan UNCLOS Ocean Governance akan menjadi satu kelebihan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Institut Maritim Malaysia (MIMA).

Terdapat juga jawatan yang perlu dimohon dengan menghantar Resume/ Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat emel), tahap pendidikan (sertakan dokumen sokongan sebagai lampiran), pengalaman kerja dan pencapaian dalam bidang berkaitan seta sekeping gambar berukuran passport ke alamat e-mel: [email protected] atau

KETUA PENGARAH
MARITIME INSTITUTE OF MALAYSIA (MIMA)
Lot 16-01, Level 16, Menara HLX,
No. 3 Jalan Kia Peng,
50450 Kuala Lumpur

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…