Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) buka kekosongan terkini ~ Tawaran gaji RM1,800

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di NAHRIM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT 

  • Status jawatan: Kontrak Personel MySTEP (sehingga Disember 2021)
  • Gaji: RM1,800/sebulan
  • Penempatan: NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurangnya Diploma/STPM atau setaraf
  • Keutamaan diberikan kepada bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setara dengannya
  • Boleh bekerja secara berpasukan, dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan bersesuaian dengan kaedah kerja semasa pandemik seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan (bergantung kepada keadaan semasa)
  • Berintegriti, berdisiplin dan berpersonaliti kemas
  • Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran kendiri.

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan boleh dikemukakan dengan menghantar resume, gambar berukuran pasport dan salinan-salinan sijil akademik ke alamat e-mel: [email protected].

Tajuk e-mel berkenaan juga hendaklah dinyatakan: “Permohonan MySTEP_PPTM”.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 OGOS 2021

Untuk maklumat rasmi iklan jawatan, boleh rujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…