Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia buka kekosongan: Pelbagai jawatan boleh dimohon

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 1929 dan mula diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 2016. Fungsi utama FRIM adalah merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi membangunkan sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber hutan.

Ia juga mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan bersama dengan badan-badan dari dalam dan luar negara. Kini FRIM telah membuka beberapa kokosongan jawatan yang sedia diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah senarai jawatan yang dibuka:

  1. Penolong Pegawai Tadbir
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  3. Operator Logi
  4. Pembantu Operasi
  5. Pegawai Penyelidik
  6. Juruaudit
  7. Pembantu Juruaudit

 

Syarat kelayakan umum bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia, serta berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan.
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR (untuk jawatan tertentu) atau SPM (untuk jawatan tertentu).

 

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat syarat kelayakan jawatan dengan lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Permohonan pula hendaklah dibuat secara dalam talian di PAUTAN INI.

Calon juga dikehendaki memuat naik resume yang lengkap dengan maklumat kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa, gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil berkaitan.

Dalam masa sama, hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk proses saringan, manakala bagi pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya itu tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2021 (Rabu).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penerima RM500 Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

Senarai Penerima RM500 Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

Dalam dunia yang semakin mencabar ini, isu kos sara hidup terus menjadi perbualan utama dalam kalangan masyarakat. Harga barang keperluan…
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Sesi Januari 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Sesi Januari 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Amanah Raya Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini…
Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…