Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia buka kekosongan: Pelbagai jawatan boleh dimohon

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 1929 dan mula diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada 2016. Fungsi utama FRIM adalah merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi membangunkan sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber hutan.

Ia juga mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan bersama dengan badan-badan dari dalam dan luar negara. Kini FRIM telah membuka beberapa kokosongan jawatan yang sedia diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah senarai jawatan yang dibuka:

  1. Penolong Pegawai Tadbir
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  3. Operator Logi
  4. Pembantu Operasi
  5. Pegawai Penyelidik
  6. Juruaudit
  7. Pembantu Juruaudit

 

Syarat kelayakan umum bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia, serta berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan.
  • Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR (untuk jawatan tertentu) atau SPM (untuk jawatan tertentu).

 

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat syarat kelayakan jawatan dengan lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Permohonan pula hendaklah dibuat secara dalam talian di PAUTAN INI.

Calon juga dikehendaki memuat naik resume yang lengkap dengan maklumat kelayakan akademik, pengalaman kerja, gaji semasa, gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil berkaitan.

Dalam masa sama, hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk proses saringan, manakala bagi pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap permohonannya itu tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2021 (Rabu).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…