Istana Budaya buka pelbagai kekosongan di bawah MyStep. 19 jawatan sedia dimohon

Selaras dengan pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2021, inisiatif MySTEP atau Short-term Employment Programme telah diperkenalkan bagi menawarkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Pelbagai agensi kerajaan dan GLC telah mula mengiklankan kekosongan jawatan sejak awal Januari lalu.

ISTANA BUDAYA di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya turut membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Pegawai Kebudayaan (Ijazah)
  2. Pegawai Kebudayaan (Diploma)
  3. Pegawai Kebudayaan (Audio Visual)
  4. Pegawai Kebudayaan (SPM)
  5. Pereka (Motion Graphic & Multimedia)
  6. Pereka (Media Sosial)
  7. Jurufotografi (Video)
  8. Penyunting Video
  9. Pengurus Orkestra Simfoni Kebangsaan
  10. Penolong Pengurus Orkestra Simfoni Kebangsaan
  11. Penolong Pengurus Orkestra Tradisional Malaysia
  12. Pustakawan Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan
  13. Pustakawan Muzik Orkestra Tradisional Malaysia
  14. Pegawai Tadbir (Latihan)
  15. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  16. Penolong Pegawai Tadbir
  17. Pembantu Tadbir (Perkhidmatan)
  18. Pembantu Tadbir (Aset)
  19. Pembantu Tadbir

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berkelayakan, permohonan boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada: [email protected]. Bagi setiap e-mel yang dihantar, pastikan ditanda dengan ‘Personal MyStep’ di bahagian tajuk.

Pemohon juga perlu melampirkan:

  • Sekeping gambar berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil akademik yang setara dengan kelayakan jawatan

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 FEBRUARI 2021 (12 tengah malam) dan jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-4026 5555. Maklumat lanjut tentang syarat tawaran jawatan juga boleh didapati di laman rasmi ISTANA BUDAYA.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…