IYRES buka pengambilan jawatan kosong terkini: Tawaran gaji RM1,800 hingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. EKSEKUTIF PENYELIDIK (PERSONEL MYSTEP)
    • Penempatan: Cawangan Pengurusan Data, IYRES
    • Gaji: RM2,000
  2. PENOLONG EKSEKUTIF PENYELIDIK (PERSONEL MYSTEP)
    • Penempatan: Cawangan Pembangunan Penyelidikan, IYRES
    • Gaji: RM1,800
  3. PENOLONG EKSEKUTIF PENYELIDIK (PERSONEL MYSTEP)
    • Penempatan: Unit Strategik, IYRES
    • Gaji: RM1,800

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan (muat turun – DI SINI).

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (yang disahkan) berikut:

  • Resume;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Diploma / Ijazah Sarjana Muda (yang berkaitan);
  • Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
  • Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.

 

Pemohon seterusnya hendaklah menulis nama jawatan dan penempatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat dan dihantar ke alamat:

Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad.

Tarikh tutup permohonan pada 25 MAC 2022 (JUMAAT).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Canselor UKM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…
STR Fasa 4: Maklumat senarai penerima, jumlah dan tarikh rasmi pembayaran

STR Fasa 4: Maklumat senarai penerima, jumlah dan tarikh rasmi pembayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal tersebut, pihak…
Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…