Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) buka jawatan kosong terkini: Gaji RM1,800/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG PEMBANGUNAN SISTEM

  • Jenis Jawatan: Personel Short-Term Employment Program (MySTEP)
  • Kadar Upah: RM1,800 (termasuk KWSP dan PERKESO)
  • Penempatan: Jabatan Akauntan Negara Malaysia, W. P. Putrajaya
  • Tempoh: Februari 2022 – Disember 2022

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Diploma Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya;
  • Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext PreProcessor (PHP) dan database MySQL/MariaDB;
  • Kemahiran lain dalam menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Java, JavaScript, CSS, etc sangat dialu-alukan;
  • Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume dan salinan sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected] (tajuk e-mel: PERMOHONAN MySTEP JANM).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala, permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan atau panggilan selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 22 FEBRUARI 2022, SELASA (SEBELUM JAM 12 TENGAH HARI).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…