Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang membuka kekosongan jawatan di Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar (JAS)
PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,317 – RM9,620
- Taraf Pelantikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
- Kekosongan: 16
- Simpanan: 65
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat, kaji hayat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00); atau
- Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,420.23); atau
- Ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,524.01).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Menilai pencapaian program penguatkuasaan Akta-akta tersebut.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (Sistem SPA9).
Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walau bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 22 OGOS 2024 (KHAMIS). Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan permohonan boleh dibuat DI SINI.
Maklumat Tambahan
Jabatan Alam Sekitar adalah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain.
Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.