Jabatan Insolvensi Malaysia buka jawatan kosong terkini: Tawaran gaji RM1,600/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Insolvensi Malaysia Kelantan kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

JAWATAN PERSONEL MYSTEP

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tempoh Maksimum: 9 Bulan
  • Gaji: RM1,600/Sebulan
  • Penempatan: Jabatan Insolvensi Malaysia Kelantan

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan subjek Prinsip Perakaunan (Kredit);
  • Mempunyai kebolehan menaip serta boleh menggunakan perisian Microsoft Excel.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume berserta gambar berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Tamat Pengajian lengkap ke alamat:

JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA KELANTAN, TINGKAT 1, BANGUNAN TABUNG HAJI WISMA ILMU, JALAN DOKTOR, 15516, KOTA BHARU, KELANTAN.

Setiap permohonan juga perlu ditulis ‘MYSTEP’ di sebelah kira sampul surat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 13 MAC 2022, AHAD (SEBELUM 5 PETANG). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…