Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mentadbir dasar cukai tidak langsung negara. Antara misi utama jabatan ini ialah bagi memungut hasil negara dan memberi fasiliti perdagangan serta penguatkuasaan undang-undang demi kemakmuran negara.
Selaras dengan misinya itu, kini JKDM telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Jawatan-jawatan yang dibuka adalah:
- Penguasa Kastam (Gred WK41)
- Kekosongan: 69
- Simpanan: 200
- Penolong Penguasa Kastam (Gred WK29)
- Kekosongan: 30
- Simpanan: 100
Syarat kelayakan jawatan:
Calon-calon yang ingin memohon kekosongan jawatan perlulah menepati kelayakan yang telah ditetapkan.
Syarat kelayakan jawatan Penguasa Kastam (Gred WK41) adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00); ATAU
- Ijazah Sarjana Muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73); ATAU
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63); ATAU
- Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK41: RM2,819.63); ATAU
- Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41); ATAU
- Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19).
Syarat kelayakan Penolong Penguasa Kastam (Gred WK29) adalah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00) ATAU
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,498.00) ATAU
- Diploma dalam bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred WK29 : RM1,776.08).
Syarat kelayakan Bahasa Melayu:
Calon-calon juga perlu memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara memohon:
Bagi yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI (Penguasa Kastam) dan DI SINI (Penolong Penguasa Kastam). Permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di laman: https://spa9.spa.gov.my/login, dengan mendaftar dulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.
Dimaklumkan juga bahawa hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 APRIL 2021.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021