Jabatan Kesihatan Negeri buka jawatan kosong terkini bagi tahun 2022: Tawaran gaji RM1,800/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERSONEL MYSTEP

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,800/sebulan
  • Kemudahan: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Rehat & Cuti Sakit

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya . Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dilaksanakan dengan mengemukakan resume terkini, salinan kad pengenalan, salinan Sijil SPM, sekeping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen sokongan ke alamat e-mel: [email protected].

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 OGOS 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…