Jabatan Laut Malaysia buka lebih 70 kekosongan jawatan: Gaji dari RM1,360 hingga RM4,052

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Laut Malaysia (Semenanjung) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU LAUT – GRED A19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Laut Malaysia
  • Gaji Minimum: RM1,360
  • Gaji Maksimum: RM4,052
  • Kadar Kenaikan Tahunan: RM100
  • Kekosongan: 24
  • Simpanan: 50

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,362.00); atau
    • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,362.00); atau
    • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,420.12); atau
    • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,420.12); atau
    • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,478.24); atau
    • Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred A19 : RM1,536.36)

Bidang Tugas

Bertanggungjawab untuk membantu melicinkan perjalanan urusan pendaftaran dan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membantu dalam membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 24 OKTOBER 2021, AHAD (11.59 MALAM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…