Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
EKSEKUTIF KOMUNIKASI STRATEGIK (MYSTEP)
- Bahagian: Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (BGSPI)
- Gaji: RM1,800 – RM2,000
- Kemudahan: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO.
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara memohon jawatan adalah dengan mengemukakan resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: fadilah@inform.gov.my.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 30 APRIL 2022, SABTU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.