Jabatan Pengairan

Jabatan Pengairan & Saliran buka pelbagai jawatan kosong: Mereka dengan SPM boleh memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Pahang kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Pengairan & Saliran

  1. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Tawaran Gaji: RM1,900/sebulan
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19
    • Jenis Jawatan: MySTEP
    • Tawaran Gaji: RM1,700/sebulan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume yang telah dikemaskini. Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar terkini berukuran passport, alamat email dan no telefon blmbit, Salinan kad pengenalan, sijil keputusan peperiksaan dan sijil / dokumen yang berkaitan berkenaan jawatan dipohon. Semua salinan dokumen hendaklah yang telah disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang Darul Makmur Tingkat 8, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan, Pahang Darul Makmur (u/p : Bahagian Khidmat Pengurusan – PERMOHONAN MYSTEP)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 27 FEBRUARI 2024 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Permohonan Rumah RMR 2025 Masih Dibuka

Memiliki rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Ia melambangkan kestabilan, pencapaian peribadi, dan jaminan masa depan. Namun, realitinya, proses…
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia (JLM): Permohonan Dibuka Sehingga 09 Mei 2025

Pada ketika ini, Jabatan Laut Malaysia (JLM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…