jpj

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) buka lebih 100 kekosongan jawatan: Gaji sehingga RM4,052

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai penjawat awam di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jawatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

  1. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
    • Jadual Gaji: RM1,360 – RM4,052
    • Kekosongan: 100
    • Simpanan: 200
    • Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun;
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
  2. PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED AB19
    • Klasifikasi Perkhidmatan: Pengangkutan
    • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
    • Jadual Gaji: RM1,362 – RM4,034
    • Kekosongan: 20
    • Simpanan: 80
    • Taraf Pelantikan:
      • Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun;
      • Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.

Syarat-syarat Kelayakan

PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
    • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
    • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
    • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

 

PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED AB19

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan; atau
    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 dan Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun; dan
  • Lulus ujian-ujian fizikal yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 04 JUN 2024 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk malalui pautan ini PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19 dan PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED AB19. Permohonan pula boleh dibuat DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mei 2025: Gaji RM3,320 - RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…
Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…