Jabatan Perancangan Bandar & Desa buka 12 kekosongan jawatan: Gaji RM2,529 – RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – GRED J41

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Jabatan Perancang Bandar dan Desa
  • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  • Kenaikan tahunan: RM225
  • Kekosongan: 7
  • Simpanan: 5

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam geografi, ekonomi, sains sosial, antropologi atau perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam serta ijazah sarjana atau diploma lepasan ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,736.28); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta ijazah sarjana atau diploma lepas ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,943.84)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Bidang Tugas

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 13 OKTOBER 2021, RABU (11.59 MALAM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM22,040

Pelbagai Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,650 - RM22,040

Pada ketika ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan RM150 Dibayar Bulan Ini (Januari 2025): Diberikan Kepada Semua Rakyat Malaysia

Bantuan RM150 Dibayar Bulan Ini (Januari 2025): Diberikan Kepada Semua Rakyat Malaysia

Tahun baru bermula, dan bagi ibu bapa serta pelajar, ini bermakna satu perkara utama—persiapan persekolahan. Sama ada anak anda memulakan…
Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Januari 2025: Kelayakan Minima Diploma

Pengambilan Jawatan Kosong Kementerian Januari 2025: Kelayakan Minima Diploma

Pada ketika ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…