Jabatan Perancangan Bandar & Desa buka pengambilan di bawah MySTEP: Pelbagai jawatan boleh dimohon

Berdasarkan rekod sejarah, penubuhan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mula terbentuk sebagai Jawatan Penilai di Pulau Pinang bagi menjalankan perkhidmatan awal perancangan bandar. Setelah merdeka, jabatan ini semakin bertambah fungsinya dan diletakkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dalam pada itu, sebelum ini pihak Kerajaan ada memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP). Melalui program ini, kerajaan menyasarkan akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Menyambut program itu, pihak PLANMalaysia nampaknya telah membuka beberapa kekosongan di bawah MySTEP yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan. Berikut adalah antara jawatan yang ditawarkan:

  1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (3 kekosongan)
  2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 (3 kekosongan)
  3. Pegawai Undang-Undang Gred L41 (1 kekosongan)
  4. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred LA29 (1 kekosongan)
  5. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41 (1 kekosongan)
  6. Editor (Jurubahasa) Gred N41 (1 kekosongan)
  7. Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred J41 (1 kekosongan)
  8. Pereka Gred B29 (1 kekosongan)
  9. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 (1 kekosongan)
  10. Pegawai Tadbir Gred N41 (1 kekosongan)
  11. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (3 kekosongan)

 

Bagi syarat kelayakan, ia adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Taraf pendidikan bermula dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan. Tawaran gaji pula adalah dari RM1,600 hingga RM2,000.

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Untuk memohon, calon hendaklah mengemukakan dokumen berikut:

  • Resume terkini beserta gambar berukuran pasport
  • Salinan sijil akademik berkaitan
  • Salinan Kad Pengenalan

 

Permohonan kemudiannya boleh dihantar dengan mencatatkan “Personel MySTEP” di sebelah kiri atas sampul surat ke alamat:

Seksyen Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
Aras 11, Blok F5, Parcel F, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675, Putrajaya

Untuk lebih mudah, calon digalakkan menghantar saja permohonan melalui e-mel kepada: [email protected] atau [email protected].

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga. Bagi pertanyaan lanjut, calon boleh menghubungi talian: 03-8091 0116 atau 03-8091 0125.

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 15 MAC 2021 (ISNIN).

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…