Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri buka pengambilan jawatan kosong terkini: Tawaran gaji RM2,000/sebulan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kini sedang membuka pengambilan pelbagao jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Jabatan Perdana Menteri

PERSONEL MYSTEP N41

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Kadar Upah: RM2,000/sebulan
  • Kemudahan: Cuti Rehat; Cuti Sakit; Caruman KWSP & Caruman PERKESO

 

MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume, gambar berukuran pasport, sijil-sijil akademik dan salinan kad pengenalan ke alamat e-mel: urusetiamyspc@icu.gov.my

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 06 JANUARI 2023 (JUMAAT), sebelum jam 12 tengah hari.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal…
Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan…