Jadual bayaran Bantuan SARA RM100 ke MyKad setiap bulan: Maklumat pembayaran bulan ini

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal itu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan di bawah Belanjawan 2024.

Antaranya adalah dengan melaksanakan bantuan khusus kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang benar-benar memerlukan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan SARA

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat khusus. Ia juga merupakan bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

Bagi tahun 2024 ini, pelaksanaan SARA telah ditambah baik seperti berikut:

  • Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  • Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  • Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

 

Berikut pula adalah syarat-syarat kelayakan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jadual Pembayaran SARA

Pembayaran sara dibuat sebanyak RM1,200 kepada isi rumah dan warga emas serta RM600 pula kepada penerima bujang. Akan tetapi, kaedah pembayarannya adalah berbeza bagi penerima di Semenanjung dan Sabah, Sarawak, Labuan.

Penerima di Semenanjung

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 04 September 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Cara Menggunakan SARA di Semenanjung

Seperti mana yang dinyatakan di atas tadi, pembayaran SARA di Semenanjung dibuat secara bulan (RM100 atau RM50) ke MyKad. Penerima kemudiannya boleh membuat pembelian secara tanpa tunai menggunakan MyKad masing-masing bagi membeli barangan keperluan asas yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Pada masa ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Cara pembelian adalah seperti berikut:

  • Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Setiap yang layak juga akan menerima menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Bagi maklumat lebih lengkap dan terperinci berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal Rasmi STR– DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

SARA Fasa 11 Dibayar Bulan Ini (November 2024): Jumlah bayaran untuk Isi Rumah, Warga Emas & Bujang

Golongan berpendapatan rendah dan sederhana sering kali menghadapi cabaran kewangan yang mencabar dalam kehidupan harian mereka. Dengan peningkatan kos sara…
Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Universiti Malaya (UM) ~ Pengambilan Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP1

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini…
STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…