Jadual dan jumlah bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang menggantikan BKM bagi tahun 2023

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang diperkenalkan melalui Bajet Mini 2023 seperti mana dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BTR ini: –

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran BTR Fasa 1 pada bulan Januari 2023.

Jumlah yang akan disalurkan pula adalah sebanyak RM300 bagi kategori isi rumah dan RM100 kepada kategori bujang.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Berdasarkan pembentangan Bajet 2023 pada Oktober 2022, pihak Kerajaan ketika itu telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan jumlah yang ditambah baik.

Antaranya apabila isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak RM2,500.

Manakala, isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 pula bakal menerima antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

Kepada warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula, mereka akan menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Nampaknya, BKM kini telah digantikan dengan BTR seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, perincian jumlah bayaran bagi Fasa 2 hingga Fasa 4 masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan.

Dalam pengumuman terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) – pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…