Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada mereka yang memerlukan dan layak.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan BMT 2023
Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan dari Kerajaan bagi membantu para pekebun dalam menghadapi musim berkenaan.
Oleh hal demikian, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini kepada RM80o, berbanding RM600 sebelum ini.
Bantuan ini nanti akan menggunakan dana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan akan disalurkan kepada para peneroka tanaman getah FELDA.
Antara syarat-syarat kelayakan utamanya adalah:
- Peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat mengumpul getah FELDA;
- Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;
- Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh Pembayaran
Seperti mana yang dimaklumkan melalui media rasmi FELDa, pembayaran BMT akan dibuat secara berperingkat sebanyak tiga fasa bagi tahun 2o23.
Fasa pertama akan dibuat pada bulan Januari, Fasa kedua pada Februari dan Fasa ketiga pula Mac 2023.
Jumlah bayarannya adalah seperti berikut:
- RM300 (Fasa 1 – Januari 2023)
- RM300 (Fasa 2 – Februari 2023)
- RM200 (Fasa 3 – Mac 2023)
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, BMT akan kredit secara terus ke akaun bank para penerima yang layak.
Dianggarkan sekitar 12,138 peneroka tanaman getah FELDA seluruh negara akan menerima manfaat ini dan akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9.7 juta.