sumbangan asas rahmah

Jadual pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dari Fasa 1 hingga Fasa 12

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan beberapa bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahannya Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan SARA itu: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kepada semua yang telah maklum, pihak Kerajaan telah meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 ini. Bantuan ini pada asasnya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam mendapani cabaran kos sara hidup.

Syarat-syarat kelayakan bagi STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan bantuan tambahan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Syarat-syarat kelayakan SARA pula adalah seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Pembayaran SARA

Tentang pembayaran SARA pula, jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,200 bagi penerima isi rumah dan RM600 pula kepada bujang berkelayakan. Dianggarkan SARA tahun ini akan memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pembayaran SARA akan melalui dua kaedah utama iaitu kepada penerima di Semenanjung Malaysia dan penerima di Sabah, Sarawak serta Labuan.

  • Semenanjung Malaysia
    • Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Sabah, Sarawak dan Labuan
    • Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

 

Bagi pembayaran SARA di Semenanjung Malaysia, berikut adalah jadual pembayarannya:

Pada masa ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara yang boleh digunakan SARA dengan hanya menggunakan MyKad. Antaranya termasuklah Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Barang-barangan yang boleh dibeli merupakan 13 kategori produk keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan SARA ini, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI atau di Portal Rasmi STR (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…