sara

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Ini (November 2024): Jadual Penuh Pembayaran SARA

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus daripada penduduk Malaysia yang berpendapatan rendah dan merupakan kelompok masyarakat yang sering kali menghadapi pelbagai cabaran kewangan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutama di kawasan bandar, golongan ini memerlukan sokongan yang lebih kukuh untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, dan penjagaan kesihatan.

Oleh sebab itu, pihak Kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban golongan B40 dan membantu mereka dalam usaha meningkatkan taraf hidup serta keluar dari kitaran kemiskinan.

Antara bantuan utama yang disalurkan adalah melalui skim bantuan kewangan langsung seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), yang memberikan tunai kepada keluarga berpendapatan rendah. Bantuan ini direka khusus untuk membantu mereka menangani perbelanjaan harian yang semakin mendesak.

Di samping itu, kerajaan turut menyediakan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti minyak masak dan tepung, bertujuan mengurangkan kos sara hidup secara menyeluruh. Langkah-langkah ini sangat membantu terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil atau warga emas, yang memerlukan perbelanjaan tambahan untuk penjagaan harian.

Bagi tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini diberikan kepada golongan B40 dan M40 dengan kadar tertentu merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Dalam masa sama, ada juga bantuan tambahah kepada penerima STR iaitu dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA adalah bantuan kewangan kepada penerima STR sedia ada yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

Jumlah bantuan ini ditetapkan sebanyak RM1,200 (kepada isi rumah dan warga emas) dan RM600 (kepada bujang). Kepada yang berkelayakan, pemakluman kelulusan bantuan ini akan dibuat melalui surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Penerima SARA yang layak juga akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Pembayaran SARA

Pembayaran SARA bagi tahun 2024 dibuat dengan dua cara mengikut tempat tingga penerima:

Penerima daripada Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Bagi yang menenerima SARA melalui MyKad, mereka boleh menggunakan Kad Pengenalan mereka untuk membeli barangan keperluan harian yang ditetapkan di lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Bagi maklumat lanjut berkenaan SARA, sila rujuk di Portal MyKasih – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

STR 2024 Telah Selesai Dibayar: Ini Pula Jumlah Bayaran STR 2025 Untuk Semua Rakyat Malaysia

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai cabaran ekonomi dan sosial telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Peningkatan kos sara…
Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Sebagai Guru KAFA Tahun 2024: Terbuka calon lelaki & perempuan

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong sebagai Guru KAFA…
30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

30 Kekosongan Jawatan Perkhidmatan Awam Dengan Gaji RM2,094 - RM9,585: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon-calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka di Jabatan…