Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.
Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR pada asasnya merupakan bantuan kewangan kesinambungan kepada yang sebelum ini seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.
STR diberikan kepada mereka yang layak dari kalangan kumpulan B40 dan M40.
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.
STR Fasa 3
Makanya, selepas ini akan bermulalah pembayaran STR Fasa 3. Berikut adalah jumlah bayaran dan senarai penerimanya:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Semak Kelulusan
Berkenaan dengan tarikh pembayaran STR Fasa 3, ia dijadualkan akan dibuat secara beperingkat pada bulan Julai 2023.
Bagi semakan kelulusan pula, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Layari Portal Rasmi STR;
- Log masuk di portal berkenaan dengan mengisi maklumat nombor Kad Pengenalan;
- Klik semak dan sahkan kata kunci keselamatan;
- Isi kata laluan di ruang yang ditetapkan dan log masuk;
- Klik menu ‘Semakan Permohonan’.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.