Bantuan Khas

Jadual Rasmi Pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 dan Senarai Penuh Penerimanya

Belanjawan 2025 yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri telah membawa harapan dan tumpuan besar terhadap pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. Dalam suasana ekonomi yang mencabar, fokus utama belanjawan dalah untuk mengimbangi usaha mengukuhkan daya saing negara dengan memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Pelbagai langkah proaktif telah diperkenalkan bagi meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat serta memberikan tumpuan kepada sektor-sektor yang memacu pertumbuhan ekonomi. Secara keseluruhan, Belanjawan 2025 merupakan pelan strategik kerajaan untuk menempuh cabaran ekonomi global sambil memastikan rakyat mendapat manfaat jangka panjang daripada pembangunan yang lestari dan inklusif.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan atau meneruskan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif kepada rakyat. Ia termasuklah dengan memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan dan berikut adalah penjelasan lanjutnya: –

Bantuan Khas Kewangan

Di bawah Belanjawan 2025, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkana pemberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250.

Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada semua penjawat awam penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Manakala, bagi semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pula, mereka akan akan menerima RM250 setiap seorang.

“Sukacita saya mengumumkan, Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan pada bulan Februari 2025. Kaedah pembayaran pula akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat Tambahan

Selain itu, di bawah Belanjawan 2025 Kerajaan turut memperuntukan RM5.3 bilion bagi 17 jenis bantuan pendidikan. Antaranya adalah bantuan makanan asrama sebanyak RM2 bilion dan peruntukan RM870 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bakal memanfaat lebih 860 ribu murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

Pihak Kerajaan juga meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Bantuan ini akan memanfaatkan 5.2 juta murid dan bayaran akan dibuat mulai bulan Januari 2025.

“Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta ketimbang RM150 juta tahun ini. Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, Kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan,” petikan ucapan pembentangan Belanjawan 2025.

Tidak ketinggalan, Kerajaan bersetuju kadar Geran Per Kapita (PCG) bagi Pendidikan TVET ditingkatkan sebanyak 15 peratus menjadikan peruntukan keseluruhan PCG berjumlah lebih RM900 juta. Peruntukan khas RM10 juta juga disediakan sebagai Bantuan Persekolahan kepada semua 687 sekolah pedalaman.

Kerajaan bersetuju Elaun Sara Hidup bagi siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru ditingkatkan kepada RM530 sebulan, berbanding RM430 sebelum ini.

“Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta. Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

… berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat. Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan musolla dengan peruntukan RM100 juta,” petikan ucapan Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2025.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…