jadual

Jadual Rasmi Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: Semakan status jumlah bayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan tunai ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Bantuan tunai ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan pelbagai lagi.

STR diperkenalkan dengan tujuan membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Malah, hikmah penyasaran semula subsidi telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut adalah senarai syarat-syarat kelayakan STR 2024 mengikut setiap kategori penerima:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Jadual Pembayaran STR 2024

Seperti mana tahun lalu, pembayaran STR 2024 juga dibuat secara berfasa iaitu empat kali setahun. Untuk jadual lebih lengkap, sila rujuk rajah berikut:

Bagi pembayaran STR, jumlah yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut setiap kategori, jumlah pendapatan dan bilangan tanggungan. Berikut adalah jadual jumlah pembayaran bagi setiap kategori:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM1,250
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
    • Bilangan anak 3 – 4: RM750
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR : RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR: RM600

Semakan Status STR

Bagi yang telah membuat permohonan atau kemaskini STR 2024, semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:

  • Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

 

Manakala, bagi mereka yang permohonannya tidak diluluskan – permohonan rayuan boleh dibuat di portal sama hadir sendiri ke Pejabat HASiL / PS / UTC. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan bagi alasan permohonan ditolak. Antara sebab-sebab permohonan tidak diluluskan adalah:

  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan;
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  • Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan;
  • Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi;
  • Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa;
  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000;
  • Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa;
  • Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi;
  • Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian;
  • Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

 

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…