Bayaran STR

Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 untuk bulan Ogos 2024: Penerima B40 dan M40

Bagi membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40) dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40 dan M40 bagi membantu mereka menghadapi kos sara hidup. Ia juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan sebagainya.

Bagi tahun 2024 ini, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR

Pembayaran STR adalah berbeza-beza mengikut kategori penerima dan berdasarkan kadar pendapatan bulanan serta tanggungan masing-masing. Jumlah keseluruhan bayaran STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM1,250
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
    • Bilangan anak 3 – 4: RM750
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR : RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR: RM600

Jadual Bayaran STR

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, pembayarannya telah pun dibuat pada bulan Januari dan April lalu. Manakala, bagi pembayaran STR Fasa 3 – pembayarannya akan dibuat pada bulan ini iaitu Ogos 2024.

Tentang tarikh pembayaran, berdasarkan pembayaran STR Fasa 1 yang lalu, ia mungkin akan dilaksanakan pada minggu akhir Ogos antara 26 hingga 31 Ogos 2024.

Cara pembayaran pula secara kredit terus ke akaun penerima. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank – pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Bagi yang belum memohon STR, mereka masih boleh mengemukakan permohonan sama ada secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR atau mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Pemohon:
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
    • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
    • Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 – 20 tahun pada tahun 2024
  • Pasangan:
    • Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
    • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak:
    • Anak Kandung (Salinan Sijil Lahir dan salinan MyKad / MyKid)
    • Anak Angkat (Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN).

 

Borang yang lengkap perlu dihantar ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau penghantaran secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…