pembayaran str

Jadual & tarikh pembayaran STR Fasa 4: Berikut senarai penerima tunai RM900 – RM1,200

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan tunai yang diperkenalkan: –

Bantuan STR

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia daripada kalangan kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai disalurkan kepada yang layak. Pembayaran STR Fasa 3 seperti mana yang semua maklum telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Kadar Pembayaran STR Fasa 4

Untuk pembayaran STR Fasa 4, ini adalah maklumat pembayaran dan senarai penerimanya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Kaedah Pembayaran STR

Pembayaran STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…