Sumbangan Asas Rahmah

Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah: Tidak perlu memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Pihak Kerajaan juga telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan beberapa bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tambahan STR ini: –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang menepati syarat-syarat khusus yang ditetapkan. Ia juga merupakan bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.

Pada tahun 2024 ini, beberapa penambaikan terhadap SARA telah dilaksanakan iaitu memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar.

Kadarnya juga ditingkatkan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600. Program SARA ini turut diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jadual Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Pembayaran SARA (di Semenanjung Malaysia) diberikan dengan kadar RM100 setiap bulan bagi isi rumah dan RM50 setiap bulan kepada bujang. Berikut adalah rajah jadual pembayarannya:

Manakala, bagi penerima-penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024. Caranya adalah melalui pengkreditan ke akaun bank atau secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Bagi di Semenanjung, bayaran SARA akan dikreditkan teus ke MyKad penerima yang layak. Mereka kemudiannya boleh menggunakan MyKad masing-masing untuk membeli barang keperluan asas terpilih di Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Barangan keperluan asas yang boleh dibeli tu adalah daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Kaedah Membeli dengan SARA

Bagi yang menggunakan MyKad, berikut adalah tatacara membuat pembelian:

  • Pilih Barangan Keperluan:
    • Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan:
    • Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  • Imbas Kod Barangan: 
    • Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Menggunakan MyKad:
    • Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  • Simpan Resit Untuk Semakan:
    • Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Bagi tahun 2024, SARA dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

Untuk maklumat lengkap berkenaan SARA ini, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih (DI SINI) atau di Portal Rasmi STR (DI SINI).

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…