JAIM buka 70 kekosongan jawatan kosong terkini: Tarikh tutup permohonan 25 Mac 2022

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

GURU TAKMIR JAIM

  • Kekosongan: 70
  • Kadar Elaun: RM100 bagi setiap sessi kelas pengajian dan maksimum tuntutan mengajar Takmir RM900 sebulan (9 kali kelas pengajian Takmir)
  • Penempatan: 
    • Masjid@Surau yang ditetapkan di dalam Negeri Melaka;
    • Jabatan Penjara Malaysia Negeri Melaka;
    • Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka;
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka;
    • Perkampungan Orang Asli Negeri Melaka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Mempunyai Tauliah Mengajar Agama Negeri Melaka;
  • Berkepribadian mulia dan berakhlak terpuji;
  • Berumur 25 dan ke atas;
  • Sihat tubuh badan;
  • Bermastautin di dalam negeri Melaka.

Bidang Tugas

Mengajar Kelas Pengajian Agama mengikut sukatan Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau atau Sukatan Kurikulum Institusi.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan (muat turun – DI SINI).

Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Tauliah Mengajar Agama Negeri Melaka;
  • Gambar terkini berukuran pasport.

 

Ia kemudiannya perlulah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah atau Pejabat Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Melaka.

Tarikh tutup permohonan pada 25 MAC 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Bina rumah atas tanah sendiri dengan bantuan RM20,000: Berikut cara buat memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Pengambilan lebih 100 jawatan kosong di JAKIM tahun 2023: Gaji sehingga RM4,003

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Senarai bantuan- bantuan RM200 - RM300 yang dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…