JAIS buka peluang kerjaya dan pengambilan kakitangan baru: Ini senarai jawatan & cara memohon

Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor ditubuhkan pada 1 Oktober 1945, di mana pejabat sementara pentadbirannya ditempatkan di pejabat Sultan Selangor yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang. Menjelang tahun 1947, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal dan hal itu meliputi penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Rentetan dari perkembangan tersebut, maka tertubuhlah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada 1948, yang seterusnya dikenali sebagai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Antara objektif utama JAIS adalah bagi menyediakan prasarana institusi Islam dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan. Selain itu, ia juga berperanan dalam memberikan pendidikan agama yang kukuh kepada umat Islam di Negeri Selangor.

Selaras dengan objektifnya itu, kini JAIS mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan terdiri daripada ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang dibuka.

Berikut adalah senarai jawatan yang sedia dimohon:

  1. Jurutera Gred J41 (Lelaki/Perempuan)
  2. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Lelaki/Perempuan)
  3. Pemandu Kenderaan Gred H11 (Lelaki)

 

Syarat kelayakan permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia dan anak Negeri Selangor.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN).
  • (Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan)

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang dibuka adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Taraf jawatan pula adalah KONTRAK dengan tempoh perkhidmatan 2 tahun.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula perlu dibuat secara atas talian di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: http://spn.selangor.gov.my atau https://espns.selangor.gov.my/index.php/login

Permohonan juga hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa, salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan cara memuat naik atas talian (upload).

Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Permohonan pula akan dianggap sebagai tidak berjaya sekiranya calon tidak dihubungi dalam tempoh selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup atau selepas 6 bulan dari tarikh temu duga (sekiranya berjaya dipanggil temu duga).

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 APRIL 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…