jais

JAIS buka pengambilan jawatan kosong besar-besaran bagi tahun 2023: Gaji sehingga RM9,544

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan JAIS

  1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41 (PENGURUS/IMAM I)
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  3. PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  4. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  6. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
    • Gaji: RM 1,377 – RM4,052
  7. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 (PEMBANTU PENGURUS/BILAL/SIAK)
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  8. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  9. PEMBANTU OPERASI GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas (Gred 41 dan ke atas).

Surat itu kemudiannya perlu tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 16 MAC 2023, KHAMIS (12 TENGAH HARI).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…