Seperti biasa, bermula pada 1 Mac setiap tahun – pembayar cukai akan mula mengemukakan Borang Nyata Tahun Saraan dan Taksiran melalui e-Filing kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Caranya juga semakin mudah apabila boleh saja dibuat melalui atas talian iaitu di portal rasmi LHDNM (Perkhidmatan ezHasil).
Bagaimanapun, mungkin masih ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang dengan pelepasan cukai individu yang sebenarnya sangat penting dan boleh menguntungkan para pembayar cukai. Makanya, kali kami akan menyenaraikan 24 jenis pelepasan cukai untuk Tahun Taksiran 2020:
1. Individu dan saudara tanggungan (RM9,000)
- Amaun sehingga: RM9,000
2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan).
- Amaun sehingga: RM5,000
3. Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya).
- Amaun sehingga: RM6,000
4. Individu kurang upaya
- Amaun sehingga: RM6,000
5. Yuran pengajian (Sendiri) :
- Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
- Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian
- Amaun sehingga: RM7,000
6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
- Amaun sehingga: RM6,000
7. Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami / isteri)
- Amaun sehingga: RM6,000
8. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak).
- Amaun sehingga: RM6,000
9. Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
- Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
- Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; dan
- Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
- Amaun sehingga: RM2,500
10. Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan. (Pelepasan tambahan bagi perbelanjaan yang dilakukan dalam tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020)
- Amaun sehingga: RM2,500
11. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
- Amaun sehingga: RM1,000
12. Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar.
- Amaun sehingga: RM3,000
13. Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun 2020 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2020).
- Amaun sehingga: RM8,000
14. Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada bekas isteri
- Amaun sehingga: RM4,000
15. Suami/isteri kurang upaya
- Amaun sehingga: RM3,500
16. Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun
- Amaun sehingga: RM2,000
17. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
- Amaun sehingga: RM2,000
18. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi / pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
- berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
- kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
- Amaun sehingga: RM8,000
19. Anak Kurang upaya (amaun sehingga: RM2,000).
Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
20. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji
- Kategori penjawat awam berpencen
- Premium insurans nyawa
- Kategori SELAIN penjawat awam berpencen
- Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
- Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
21. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
- Amaun sehingga: RM3,000
22. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji
- Amaun sehingga: RM3,000
23. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- Amaun sehingga: RM250
24. Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong.
Perbelanjaan penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong yang dilakukan pada atau selepas 1 Mac 2020. Premis penginapan berdaftar boleh disemak dipautan: http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar.
- Amaun sehingga: RM1,000
Sumber: LHDN.