Jangan telepas pandang, ini cara memohon bantuan kewangan KPM RM3,600 setahun untuk B40

Seperti mana semua telah sedia maklum, pihak kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensinya telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan serta berkelayakan.

Salah satu bantuan itu adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dikenali sebagai Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK). Ini adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan di bawah KPM ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Bantuan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat Sijil Jangka Panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan bantuan ini adalah pelajar yang mempunyai ibu bapa / penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibu bapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani dua salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Jumlah BKPKK

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, jumlah bantuan kewangan BKPKK adalah sebanyak RM300/sebulan atau RM1,800 untuk sepanjang satu semester (6 bulan).

BKPKK bagaimanapun hanya diberikan untuk dua semester sahaja bagi sepanjang pengajian. Ini bermakna, bagi dua semester pengajian – ia akan melibatkan tempoh 12 bulan atau setahun yang akan membabitkan bantuan sebanyak RM3,600.

Cara Memohon

Untuk makluman, pelajar yang layak bagi menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Jika pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama seperti mana yang ditetapkan, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Oleh itu, kepada yang berkelayakan – permohonan BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BKPKK, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…