Jangan terpedaya, 7 penasihat pelaburan ini telah diarahkan berhenti beroperasi

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengeluarkan arahan kepada tujuh pengendali penasihat perlaburan tidak berlesen yang terdiri daripada entiti dan individu supaya menghentikan semua aktiviti mereka.

Tujuh penasihat pelaburan itu adalah:

  1. Don Trader/DT Academy Sdn Bhd
  2. Engineer Saham/Ergonamos Marketing – Mohd Faizal Bin Raihan
  3. Felix Consulting
  4. Lifestyle Trading Masterclass / LTM Tech – Jeremy Looi Chee Keong
  5. One Stock Centre/Stock Advisor/The SuperInvestor / SA Expert Consultancy – Logeswaran A/L Balasubramaniam
  6. Serikandi Saham/Thoriq Legacy Sdn Bhd – Fatin Fatini Binti Ismadi
  7. Teknik Saham – Fazlisyam bin Md Isa

 

Menjelaskan hal itu, SC dalam kenyataannya berkata perintah tersebut dikeluarkan berikutan pemerhatian bahawa pengendali berkenaan menjalankan perniagaan memberi nasihat mengenai sekuriti atau derivatif termasuk cadangan pelaburan saham selepas pembayaran fi dibuat.

SC juga memaklumkan, sebarang aktiviti nasihat pelaburan memerlukan lesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Jika sabit kesalahan, pengendali perniagaan nasihat pelaburan tanpa lesen boleh didenda tidak lebih RM10 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“SC memberi amaran kepada pengendali webinar, seminar, media sosial dalam talian dan bilik sembang aplikasi pesanan lain supaya berhenti menjalankan aktiviti nasihat pelaburan tanpa lesen. SC memantau rapi perkara ini dan sekiranya wajar akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sekuriti.” – Kenyataan SC.

Bagi membuat semakan penasihat pelaburan berlesen, orang awam boleh menyemaknya di laman: www.sc.com.my/licensed-registered-persons.

Sumber: Berita Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…