Seperti mana yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini, telah ditetapkan bahawa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 2 minggu selepas cuti perayaan Aidilfitri.
Bagaimanapun, apabila PdPR dijalankan, antara isu utama yang berbangkit adalah tentang keperluan telefon pintar dan data internet bagi kegunaan anak-anak dalam menjalani pembelajaran.
Sedar dengan masalah ini, Kerajaan dalam Belanjawan 2021 telah memperkenalkan inisiatif JARINGAN PRIHATIN yang akan membantu penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan golongan B40 melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.
Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
Penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:
- RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
- RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.
YES PRIHATIN untuk rakyat B40
Selaras dengan usaha itu, salah sebuah syarikat komunikasi – YES telah memperkenalkan pelan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga dan YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu.
Melalui pelan ini, YES dengan kerjasama YTL Foundation dan FrogAsia menawarkan telefon pintar, pelan data dan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang bayaran atau deposit.
- YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Keluarga
- Fon pintar percuma
- Data 30GB percuma
- Baucer RM50 Shopee
- Aplikasi pendidikan
- YES PRIHATIN Belajar Dari Rumah Individu
- Fon pintar percuma
- Data 15GB percuma
- Baucer RM50 Shopee
- Aplikasi pendidikan
Kandungan pendidikan itu terdiri daripada 4 subjek teras dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Cara memohon:
Tuntutan inisiatif ini boleh dibuat di laman: https://www.yes.my/kasiupB40/ dan kilik pada ‘TUNTUT SEKARANG’ di pelan yang disediakan. Anda kemudiannya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan sekiranya anda adalah penerima BPR, anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mengisi maklumat lanjut.
Jika permohonan diluluskan, pihak YES akan menghantar telefon pintar dan kad SIM YES PRIHATIN kepada anda. Penerima kemudiannya hanya perlu mendaftar dan mengaktifkan SIM YES PRIHATIN berkenaan (klik sini untuk tahu caranya).
Untuk maklumat lebih terperinci, boleh layari laman rasmi YES, bagi maklumat lanjut.
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021